Popular Posts

Monday, November 8, 2010

JOM TIMBANG EMAS PUBLIC GOLD....

Emmmm....ape ye nak cerita kali ni..ha, kali ni saya nak cerita pasal emas yang dijual oleh Public Gold or PG. Emas yang dijual oleh PG ni kan ade banyak jenis. Ade jongkong emas, dinar n barang kemas. Tp, yang saya nak cerita ni bukan pasal produknya tp, ketulenannya. Yela, kita ni bukannya pakar emas kan. Manela tau tetiba Zhulian ke, beratnye tak sama ke kan. Tak ke haru... ok.Lagi pun, ramai antara kawan2 saya yang tanya betul ke emas PG tu. Untuk menjawab kemusykilan tuan puan, meh kita tgk kat bawah ni. Hari Jumaat lepas (Deepavali) saya berkesempatan ke pejabat PG kat Bandar Sunway nak ambik stok. Fuhh...lega, nasib baik tak ramai orang. Maybe sebab cuti kot. Kalo tak, berderet2 manusia. Pas amik stok tu, coz tak ramai org kan, saya n kak Salina, blogger goldemas2invest.com pun buatla opis tu cam opis ktrg. Hehehehe... Kami berdua pergi masuk bilik sebelah, test emas. Selepas beberapa kali mentry n memicit2 button kat machine tu, barula tau cara nak gunakannya. Sila tgk gambo di bawah :-

1) Menguji emas 100 gram

Uji beratnya. 100 gram. Ok, ngam.

Masukkan pulak dlm air, untuk tgk ketumpatan.

Ok, ngam. Kalo dalam air memang berat akan kurang sket.

Rupabentuk dalam air.

24 carat. Untuk emas 999 memang karatnya 24. Ngam jugak.

2) Menguji emas 20 gram.

 Prosedurnya sama je cam emas 100 gram tadi.

 3) Menguji 1 dinar

Dinar emas 916, so memang 23carat la.

Ok, dah puas atikan. So, memang terbuktila emas yang dijual di PG ni tulen bang..So, ape lagi, jangan takut2 nak beli tau. Tp, kalo tak puas ati gaks, pas beli blh terus test kat mesin yang disediakn di Public Gold.

Kla. Jumpa di cerita yang lain ye...Bye...

SEMINAR PELUANG PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD

Assalamualaikum,
Hari ni saya nak bercerita sedikit mengenai seminar yang telah saya hadiri semalam (Sabtu). Seminar ni bertempat di Bandar Sunway. Penceramah adalah En.Shukor, admin Jutawanemas.com.Very interesting seminar. Punyela ramai orang yang hadir sampai kena pecahkan pada 2 sesi. Sesi petama jam 10.30 pg n sesi kedua jam 12.15 tgh. Biasenya, kalo kita dengar pasal emas je, sure kita pikir untuk golongan dewasa or tua je kan...tp skrg zaman dah berubah, ramai budak2 muda yang berminat gaks pasal emas ni. diorg dah mula pikirkan masa depan n not just nak enjoy je. Banyak info yang saya perolehi bile sy datang seminar ni n minda saya pun lebih terbuka mengenai perniagaan ni. Sebenarnya, bila saya mula2 beli emas, saya just nak buat as simpanan jer. tp, bile dah attend seminar ni, rupe2nye banyak kelebihan yang kite dapat.

Antara yang saya boleh ceritakan adalah sebab musabab kenapa kita perlu menyimpan emas:-

1. Emas adalah kekayaan yang sebenar.
Dari zaman Firaun dulu emas telah digunakan n pada masa tu kalo siapa yang gunakan emas, dia akan     dianggap kaya dan berkuasa. Sekarang ni pun, kalo sape ade emas, dia pun akan dianggap kaya. Ala, kalo kita tengok makcik2 yang kat kampung pakai emas banyak sikit je pun, kita dah berbisik ' banyaknye emas makcik ni'. Makcik kayo ni. Betul tak? Jangan tipu...

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang
Dari kita kecik sampai la ni, dah besar panjang, ada tak kita tgk harga emas jatuh? takdekan.. bayangkan gelang yang mak saya belikan masa saya berumur belasan tahun dl rm400 plus bile ditrade-in kat kedai harganya telah mencecah rm2000. wow...tingginya.

3. Nilai wang kertas jatuh dalam jangka masa panjang
Wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Makin disimpan wang, nilainya makin merosot akibat inflasi. Kalo dulu, saya belanja skolah 50 sen pun dah cukup nak beli nasi lemak ngan air. tp skrg, rm2 pun tak cukup.

4. Emas adalah aset yang terunggul
Salah satu keistimewaan emas adalah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kpd wang kertas. Masa perang Vietnam, sekitar 1970-an, beribu-ribu pelarian Vietnam Selatan lari tinggalkan kampung halaman mereka. Mereka tinggalkan rumah, tanah dan juga binatang ternakan. Harta yang mereka bawa hanyalah emas sebab mereka sedar emas diiktiraf dimana sahaja dan mereka boleh tukarkannya dengan wang ditempat persinggahan mereka.

5. Emas tak boleh dimanipulasikan
Salah satu keistimewaan emas adalah ia sukar diperolehi dan tak boleh dicipta. Oleh sebab itu ia tak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tak boleh ditambah dengan mudah. Sebab itu, ia tak boleh dimanipulasikan. Kalo wang kertas, ia boleh dicetak sesuka hati. Bila dah terlalu banyak wang kertas dicetak, maka nilainya akan menurun, barang pun akan naik dengan menggila dan akan berlakulah apa yang dipanggil hyperinflasi.

Itulah serba sedikit sebab kita perlu menyimpan emas. Berikut adalah gambar2 yang sempat saya ambil sewaktu seminar semalam. Enjoice!
Sampai kena berdiri kakak2 ni kat luar. Ramai lagi sebenarnya yang berdiri kat blkg saya.

Punyelah ramai orang sampai kena dengar penceramah cakap dari luar


 Aik, Dr.Luv pun ader. Dr.Luv ni one of motivator Akademi Fantasia. Tp tak tau season bape.


Penceramah En. Shukor Hashim, Jutawanemas.com
Jawab, jangan tak jawab.

 
Signature pembakar semangat

Bergambo bersama mentor
 
One of the dealer. Student lagi ni tau. Huish, jeles tgk memuda lagi dah kumpul aset.

Kla, sampai di sini saja buat masa ni. Nnti sy akan cerita lagi pasal emas kat tuan puan yek. Tungguuuu....Bye.

Sunday, November 7, 2010

Permulaan...

Assalamualaikum....
Fuhh...alhamdulillah. Akhirnya percubaan saya untuk mensetup blog ni dah berjaya(walaupun belum 100% lagik). Actually blog ini dibina untuk memberikan info2 mengenai emas n menambah ilmu mengenai emas. okla...hope u all will enjoy with my blog n semoga Allah memberkati kita semua dalam impian untuk mengecapi semua yang kita idamkan. Amin.